HILANGNYA PERIKEMANUSIAAN...  

Posted by: tinta amirah

Kematian yang menyentuh setiap pelusuk naluri manusia yang benar-benar bernama manusia..Inilah hakikatnya.. Shafia Humairah Sahari, 3, yang didera teman lelaki ibunya amat menyedihkan masyarakat dan ia adalah satu lagi titik hitam dalam dunia kanak-kanak di negara ini.

Ibarat kata nasi sudah menjadi bubur, kanak-kanak saban waktu sering terdedah dengan sifat tidak waras orang dewasa yang tidak tahu menilai nyawa manusia, walaupun hanya sekecil tiga tahun, Shafia diperlaukan seperti seekor binatang..

Adik Syafia Humairah Sahari yang mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, baru-baru ini.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Kanak-kanak malang itu dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa mangsa mati akibat kemalangan jalan raya.

Jika kita lihat dari satu sudut kemanusiaan, orang yang sanggup melakukan sedemikian adalah lebih zalim daripada bintang.

Wallahua'lam..

This entry was posted on Wednesday, March 03, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini