Kasihmu Tidak Berpenghujung...
Posted29
Mar
saat kau menangis dulu,
tangan itu yang mendodoimu
hingga kau lena
hingga kau sendiri yang buat dia tidak selenamu
apa lagi yang kau mahu?
saat kau mahu makanan,
pada dia kau ajukan
saat kau mahu minuman,
harga yang bagaimana ingin kau bayar?
saat tangismu tidak bisa terhenti
resahnya dia tiada kau mengerti
saat tawamu riang
hati yang resah semakin hilang
tidakkah kau sedar?
dia ibumu
dia bapamu
dia insan yang perlu kau sanjung
kasih sayang tidak pernah berpenghujung
Ingatlah!!..
Redha Allah bergantung pada redha mereka...
This entry was posted
on Monday, March 29, 2010
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.