ANTARA ZIKIR DAN RAHMAT  

Posted by: tinta amirah

Firman Allah yang maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman! Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada Allah di waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohon keampunan untukmu), supaya mengeluarkan kamu dari kegelapankepada cahaya yang terang.dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang beriman.”
Bagi seorang Muslim yang benar-benar beriman, serta memiliki keyakinan yang benar akan membuatkannya selalu berzikir kepada Tuhannya dalam segala keadaan dan di mana sahaja ia berada. Dalam kehidupannya sehari-hari ia sangat mencintai Allah, percaya akan kebenaran-Nya dan dia sentiasa bernaung di bawah naungan kurnia dan rahmat-Nya.           

Zikir bukan sahaja melalui lisan tetapi zikir yang hakiki ialah yang lahir dari keiklasan hati dan keluar melalui lisan iaitu dengan cara betafakur, bermunajat, dan segala yang memuji kebesaran dan keagungan Allah S.W.T. Orang yang berbuat demikian di janjikan Allah akan mendapat pengampunan dan ganjaran pahala yang besar.
Zikir merupakan penerang dan ubat hati seseorang muslim dan jelaslah orang yang meninggalkan zikir bererti ia membiarkan hatinya berada dalam kegelapan dan kebekuan. Rasulullah SAW telah bersabda:
“perumpamaan orang yang bezikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya bagaikan orang yang mati dan orang yang hidup.”
Hadith di atas ini adalah merupakan gambaran yang benar terhadap apa yang ditimbulkan dari zikir seseorang kepada Allah dalam peribadi seseorang Muslim yang berupa keutamaan, semangat hidup, dan terbukanya pintu keimanan dan amal perbuatan.
Justeru itu, tidak layak bagi seseorang Muslim melepaskan Tuhannya atau melalaikanNya kerana selaku seorang Muslim dia pasti mengetahui bahawa tidak ada sesuatu yang menyibukkan manusia sehingga ia lupa akan Tuhannya kecuali kebatilan, kesesatan dan kenistaan.sebagaimana firman Allaj SWT, maksudnya:
“dan janganlah kamu mengikuti orang-orang yang Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami,dan diikutnya keinginan nafsunya,dan pekerjaannya melanggar batas.”
(al-kahfi:28)
Sentiasa ingat kepada Allah SWT adalah merupakan ciri khas dari seseorang Muslim baik ia dalam keadaan sendirian mahupun dalam keadaan bersama-sama.jika segolongan manusia berkumpul,pada waktu itu mereka melupakan Tuhannya dan terlena dalam kebatilan,maka sebenarnya mereka telah melakukan dosa dan akan mendapat seksa di hari akhirat nanti.
Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
“tidaklah suatu kaum berkumpul dalam suatu majlis yang tidak berzikir kepada Allah di dalamnya dan tidak membaca selawat kepada Nabinya,kecuali mereka menndapat kerugian(dosa),jika Allah bekehendak menyiksanya maka mereka akan diseksa dan jika Allah berkehendak mengampuninya, maka mereka akan diampuni.”

This entry was posted on Wednesday, February 03, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini