PERSEMBAHAN BUAT IBU TERSAYANG...  

Posted by: tinta amirah

Kisah ini berkisar mengenai seorang budak bernama Robby. Dia tinggal dengan ibunya yang sudah tua.Ibunya menyuruh dia belajar bermain piano kerana sudah lama ibunya ingin mendengar Robby bermain piano untuknya. Si ibu sanggup menghantar anaknya belajar bermain piano dengan seorang guru yang mahir. Maka, pergilah Robby bermain piano.Namun malangnya, ada satu maslah yang ada pada Robby iaitu dia seorang budak yang agak susah untuk mempelajari apa yang diajar oleh guru pianonya itu. Sampai lah suatu hari gurunya sudah tidak lagi bersemnagt untuk mengajar Robby bermain piano.Walapun begitu, setiap hari ibu Robby tetap menghantar anaknya untuk belajar piano dengan  guru tersebut. tibalah suatu hari, Robby tidak dapat hadir ke kelas pianonya seperti biasa. Gurunya merasa hairan dan berfikir bahawa Robby sudah berputus asa untuk belajr bermain piano.

   
Pada suatu hari, ada satu pertandingan piano yang dianjurkan oleh guru piano tersebut. beliau menjemput semua pelajarnya yang berpotensi untuk bertanding. Tiba-tiba, suatu hari, guru tersebut menerima stu panggilan telefon daripada seorang yang merayu untuk menyertai pertandingan itu. Rupa-rupanya Robby yang telah menelefon. Gurunya tidak mahu membenarkan Robby bertanding kerana akn memalukannya dan mungkin boleh merosakkn majlis kerana prestasi Robby yang amat lemah. Robby tetap berusaha memujuk guru pianonya itu dan akhirnya guru itu bersetuju tetapi beliau meletakkan nama Robby sebagai nam terakhir di dalam senarai. Robby tetap berpuas hati aslakn diberi peluang untuk bertanding.
   Kini tibalah pada hari bertanding. Dewan penuh dengan penonton dan peserta telah bersedia dengan persembahan masing-masing. Dan kini tibalah giliran terakhir iaitu giliran Robby. apabila namanya dipanggil, Robby keluar dengan keadaan rambut yang tidak terurus dan seperti tidak bersedia. Guru Robby sangat gementar dan amat risau jika persembahn Robby kali ini akan merosakkan namanya sebagi guru piano.
    Namun apabila Robby mula bermain piano, semua hadirin yang hadir di dalm dewan terdiam dan terpesona dengan persembahan Robby. Bahkan, persembahn Robby adalah persembahan yang terbaik  berbanding peserta lain. Selesai sahaja robby bermain piano,  orang ramai bertepuk tangan dan bersorak sambil berdiri termasuk guru pianonya. Semua orang tertanya-tanya bagaimana Robby dapat bermain piano dengan begitu hebat. Robby tersenyum puas sambil mengambil microphone di depannya lalu berkata," Saya tidak datang ke kelas piano apabila tidak ada lagi orang menghantar saya ke kelas. Sebelum ini ibu yang hantar tetapi ibu saya berhenti melakukan sedemikian kerana beliau menghidap penyakit kanser. Beliau meninggal pagi ini dan saya sangat bercita-cita untuk bermain piano sambil didengari oleh ibu kerana semasa hayat ibu tidak akan sekali-kali dapat mendengar saya bermain piano kerana beliau pekak. Tetapi hari ini, ibu telah pergi dan saya tahu ibu telah dapat mendengar saya bermain piano sebentar tadi.Saya telah bermain yang terbaik buat ibu.Semoga ibu gembira"...

This entry was posted on Friday, March 12, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini